2 Tabung RCC & Jumlah Komisen Tajaan Bersih @ Sebenar Penajaan Ahli Baru RCC Global

2 Tabung RCC & Jumlah Komisen Tajaan Bersih RCC Global bagi setiap Pakej Silver, Gold & Platinum

Artikel sebelum ini, saya ada menerangkan tentang tabung-tabung RCC Global(M) Sdn Bhd iaitu Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan. Harap rakan-rakan pembaca dah baca dan faham ye, kalau tak faham, boleh ajukan soalan di ruang komen di bawah. Coaching & training tools diberikan untuk ahli di bawah Team RCC Global Dr.Norbayah & Jutawan Stevia.

Dalam Tabung Khairat Kematian RCC Global, RM1 akan ditolak daripada komisen ahli RCC bagi setiap penajaan baru 1 akaun. Dalam Tabung Kebajikan pula, RM1 juga akan ditolak daripada komisen ahli RCC bagi setiap penajaan baru 1 akaun. Oleh itu, jumlah sebanyak RM2 akan ditolak daripada komisen penajaan 1 akaun ahli baru untuk dimasukkan ke dalam tabung RCC Global(M) Sdn Bhd iaitu khairat kematian dan kebajikan.

MAKSUD SAMA

KOMISEN TAJAAN = BONUS TAJAAN

KOMISEN PENAJAAN = BONUS PENAJAAN

INFO TAMBAHAN:

TABUNG RCC GLOBAL

1. Tabung Khairat Kematian

2. Tabung Kebajikan

Dalam perniagaan Stevia RCC Global, anda boleh menjadi agen pengedar dan pada masa yang sama menjadi agen pemasaran iaitu memperkenalkan Stevia RCC kepada pelanggan lain. Jika pelanggan baru mendaftar menjadi ahli pengguna berdaftar RCC di bawah tajaan anda, maka anda akan dapat Komisen @ Bonus Tajaan mengikut pakej yang dipilih.

Komisen Penajaan Ahli RCC Global & Tabung RCC

Klik sini: Jenis-jenis Pengedar Stevia RCC Global

Maka, Jumlah bersih komisen penajaan ahli selepas penolakan komisen ke Tabung RCC adalah:

1. Pakej Silver = Komisen bersih penajaan adalah RM33

  • Kenapa bukan RM35? Sebabnya RM1 akan ditolak dari komisen penajaan 1 akaun ahli baru untuk dimasukkan ke dalam Tabung Khairat Kebajikan dan RM1 lagi akan ditolak untuk dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan.

 

2. Pakej Gold = Komisen bersih penajaan adalah RM99

  • Kenapa bukan RM105? Pakej gold ada 3 akaun bisnes. Betul tak? Maksud RM3 akan ditolak dari komisen penajaan 1 pakej gold baru dan dimasukkan ke dalam Tabung Khairat Kematian dan RM3 lagi akan ditolak untuk dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan.
  • Kenapa RM3 ditolak untuk 1 penajaan pakej Gold yang baru? Sebabnya RM1 akan ditolak untuk 1 akaun bisnes, maka Pakej Gold ada 3 akaun bisnes, sebab tu jumlahnya adalah RM3. Jumlah penolakan dari komisen penajaan ahli untuk 1 Pakej Gold adalah RM6

 

3. Pakej Platinum = Komisen bersih penajaan adalah RM231

  • Kenapa bukan RM245? Pakej Platinum ada 7 akaun bisnes. Maksudnya RM7 (RM1 x 7 akaun) akan ditolak daripada komisen penajaan 1 pakej Platinum baru dan dimasukkan ke dalam Tabung Khairat Kematian dan RM7 (RM1 x 7 akaun) lagi akan ditolak dari komisen tajaan ahli untuk dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan.
  • Jadi jumlah penolakan daripada komisen ahli adalah RM14. Maka komisen tajaan ahli baru yang bersih adalah RM231 untuk Pakej Platinum.

Jika kita dah jadi ahli berdaftar dan login ke laman web rasmi RCC2u.com, kita akan dapat lihat di bahagian icon TABUNG KHAIRAT.. kita akan lihat baki jumlah Tabung RCC dan juga sumbangan-sumbangan yang telah diberikan melalui Tabung RCC. Boleh lihat screenshot Dashboard RCC Global (M) Sdn Bhd.

Dashboard RCC2u.com Tabung RCC

Dashboard RCC2u.com Baki & Bukti Sumbangan Tabung RCC

Sebenarnya, sambil kita menjana pendapatan bersama RCC2u.com, kita juga sebenarnya membuat amal jariah dan sedekah untuk membantu ahli-ahli RCC Global yang lain yangmungkin ditimpa kemalangan, bencana atau mungkin menghadapi kematian.

Cuba bayangkan kalau kita yang diuji dengan musibah ini? Ini adalah salah satu perkongsian keuntungan antara Syarikat dan juga ahli RCC2u itu sendiri. Sekurang-kurangnya kita boleh dapat rezeki di dunia dan di akhirat In Sha Allah.

Harap dapat bagi pencerahan kepada anda dan dapat menjawab persoalan anda.

PS: Join my RCC Global team, Dr.Norbayah & Jutawan Stevia untuk coaching yang intensif. In sha Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *