Apa itu Daun Stevia?

Apa itu Daun Stevia? Saya yakin ramai yang akan tercari-cari maklumat tentang daun stevia atau ekstrak daun stevia. Betul tak?

 

Kenapa? Sebab permintaan gula yang diperbuat daripada daun stevia ini meningkat dari hari ke hari disebabkan oleh  kebaikan dan kelebihan gula daun stevia dan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti Kencing Manis. Saya juga difahamkan oleh seorang rakan, dah ramai peladang bertukar dari penanaman tebu ke penanaman daun Stevia.

 

Baiklah..
Stevia adalah genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari atau Astereacea.┬áStevia juga dikenali sebagai “Pokok Gula” di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan dan mengawalkan kencing manis.

daun stevia

APA ITU DAUN STEVIA?

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
RINGKASAN

Nama tempatan = Stevia

Nama Saintifik = Stevia Rebaudiana

Nama lain= Teh manis, daun manis, daun gula, herba manis, sweet leaf of paraguay, azucacaa, eira-caa, caa-he-ee, kaa jheee, ca-ajhei dan ca-a-yupi

Sinonim = Eupatorium Rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf dan sugarleaf

Famili: Astereacea

Asal: Paraguay

Stevia merupakan satu-satunya gula atau pemanis semulajadi tanpa kalori. Sebab itu, ia sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis dan berlebihan berat badan.

pokok-daun-stevia

Harap info ini berguna untuk pembaca.. Rakan pembaca boleh merujuk kebaikan daun Stevia sebagai pemanis alternatif di sini: Kelebihan Pemanis Stevia

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Pemanis Stevia semulajadi dalam bentuk cecair Ekstrak, boleh mencuba Royal Sweetener Stevia keluaran produk bumiputera yang halal dan selamat.

4 thoughts on “Apa itu Daun Stevia?

  1. […] Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 450 […]

  2. […] banyak jenis produk daun Stevia di pasaran Malaysia, ada berbentuk serbuk dan ada juga yg berpaket-paket seperti yang disediakan di […]

  3. […] Dalam daun Stevia, terdapat komponen Steviol Glycoside yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada stevia. […]

  4. […] anda ingin tahu, Daun Stevia ini sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *