Apa Itu Kencing Manis? Apa Itu Diabetes Mellitus?

APA ITU KENCING MANIS?

APA ITU DIABETES MELLITUS?

Dalam Bahasa Melayu = Kencing Manis 

Dalam Bahasa Inggeris = Diabetes Mellitus

Dalam artikel ini, Saya akan terangkan kepada anda beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui tentang penyakit Kencing Manis.

  1. Apa itu Kencing Manis? Apa itu Diabetes Mellitus?
  2. Bagaimana Kencing Manis Boleh Terjadi ?
  3. Statistik Kencing Manis di Malaysia
  4. 4 Jenis Kencing Manis & Punca Kencing Manis
  5. Tanda-tanda Kencing Manis

Apa Itu Kencing Manis? Apa itu Diabetes Mellitus

Apa itu Kencing Manis? Bagaimana Kencing Manis Terjadi?

Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit kronik di mana keadaan paras gula (glukosa) adalah tinggi dalam darah sama ada disebabkan oleh kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin itu sendiri berkurangan.

Apa itu Glukosa?

  • Glukosa adalah gula dalam darah.
  • Glukosa adalah gula ringkas yang berfungsi memberi tenaga (kalori) pada badan manusia. Glukosa adalah monosakarida iaitu gula ringkas terkecil dalam kumpulan karbohidrat.
  • Tubuh membuat glukosa daripada karbohidrat, lemak dan juga protein.
  • Glukosa akan dihantar ke setiap sel melalui aliran darah. Namun, sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukosa tanpa bantuan hormon Insulin.
  • Sumber karbohidrat = Nasi, roti, mee, gula, minuman manis atau makanan yang manis dan banyak lagi. 

Apa itu Hormon Insulin?

  • Hormon Insulin dihasilkan daripada organ Pankreas.
  • Insulin berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula dalam badan dengan pergerakan glukosa (gula) dari darah ke dalam sel.
  • Apabila seseorang itu telah menghidapi Kencing Manis, Glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan ia kekal di darah menyebabkan paras glukosa menjadi tinggi dan menggangu kelancaran perjalanan darah.

 

Statistik Kencing Manis Di Malaysia

Berapa Jumlah pesakit Kencing Manis Di Malaysia?

 

Statistik Kencing Manis Di Malaysia

Mengikut National Health & Morbidity Survey 1996, 2006 dan 2011, Peningkatan penyakit Kencing Manis Di Malaysia.

Mengikut kajian National Health and Morbidity Survey 2011, 15.2% atau 2.6 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidapi Kencing Manis. Sekarang ini, National Health and Morbidity Survey 2015 sedang dijalankan. Adakah Statistik Pesakit Kencing Manis meningkat? 

 

4 Jenis Kencing Manis 

Apa 4 Jenis Kencing Manis yang perlu kita tahu?
Terdapat empat jenis Kencing Manis @ Diabetes Mellitus iaitu:

1. Kencing Manis Jenis 1
2. Kencing Manis Jenis 2
3. Kencing Manis Semasa Hamil
4. Kencing Manis Genetik dan Lain-lain

1. Apa itu Kencing Manis Jenis 1?

Kencing Manis Jenis 1 juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Type 2 . Dahulu ia dikenali sebagai Insulin Dependent Diabetes Mellitus.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada kegagalan penghasilan Insulin oleh Kelenjar Pankreas.

Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes Type 1 ini biasanya tidak berpunca daripada pemakanan atau kegemukan. Ia dikatakan berpunca daripada penyakit autoimmune di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

 

2. Apa itu Kencing Manis Jenis 2?

Kencing Manis Jenis 2 boleh disebabkan oleh:

1. Kerintangan insulin (insulin Resistance) iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap hormon insulin

2. Penghasilan insulin yang berkurangan. Oleh kerana masih mempunyai sedikit insulin dari pankreas yang dirembeskan, Kencing Manis Jenis 2 masih boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara tablet atau pun suntikan Insulin.

Kencing Manis Jenis 2 sangat berkait rapat dengan beberapa faktor seperti:

  • Peningkatan Obesiti atau Kegemukan.
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Pemakanan yang tidak seimbang iaitu pengambilan gula secara berlebihan
  • Merokok

 

2. Kencing Manis Semasa  Hamil

Kencing Manis Ketika Hamil juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus, iaitu Kencing Manis yang berlaku hanya ketika hamil. Ia berkait rapat dengan ibu mengandung yang kuat makan, gemuk dan mempunyai keturunan kencing manis dalam keluarga.

Ketika mengandung, diabetes ketika hamil ini memerlukan rawatan insulin bagi menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan.

Kebanyakan wanita hamil ini iaitu 90 – 95% akan kembali sembuh. Namun sebahagian kecil iaitu 5-10% akan mengidap Kencing Manis Jenis 2.

Ibu hamil yang mengalami diabetes ketika hamil juga mempunyai risiko 20 -50% mengidap Kencing manis dalam tempoh 5 – 10 tahun.

 

4. Kencing Manis Bentuk Lain

Terdapat juga kencing manis yang disebabkan oleh faktor genetik atau punca kedua seperti pembedahan, kurang zat makanan, jangkitan dan penyakit lain. Hanya 1 – 5% daripada semua penyakit Kencing Manis yang dikenal pasti.

 

Tanda AWAL & Tanda KOMPLIKASI Kencing Manis

Apa Tanda-Tanda Kencing Manis?

Di bawah ini adalah gejala kencing manis yang kerap dialami oleh pesakit. Mengikut pengalaman saya, aduan simptom di bawah adalah kerap di kalangan pesakit Kencing Manis.

  • Kerap Kencing Siang Dan Malam (Polyuria)
  • Rasa haus atau dahaga sangat (Polydipsia)
  • Kuat Makan tapi cepat lapar (Polyphagia)
  • Terasa Letih yang teruk dan kurang tenaga
  • Berat badan yang turun mendadak

Kadang kala, pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala.

Ada juga pesakit yang datang dengan simptom atau tanda komplikasi Kencing Manis seperti:

  • Penglihatan semakin kabur. Disebabkan oleh Retinopathy
  • Rasa kebas pada tangan dan kaki . Disebabkan oleh Neuropathy
  • Luka yang terlalu lama dan tidak sembuh
  • Jangkitan kulit seperti seperti jangkitan kulat atau bakteria

Ini adalah antara gejala Kencing Manis yang selalu saya temui sepanjang bertugas sebagai seorang doktor perubatan di Kesihatan Awam. Harap info ini dapat membantu. Sebarang soalan, boleh diajukan melalui ruangan komen di bawah.

Ps: Gula sihat yang sesuai untuk pesakit Kencing Manis adalah Gula Tanpa Kalori.

Sumber: MyHealth, CPG DM, NHMS 2011

2 thoughts on “Apa Itu Kencing Manis? Apa Itu Diabetes Mellitus?

  1. […] sesiapa yang ada Kencing Manis atau ibu mengandung yang menghidapi Kencing Manis semasa hamil, sesuai mengamalkan gula Stevia sebagai pemanis. In Sha Allah boleh mengawal paras […]

  2. […] Penyakit Kencing Manis  dan Obesiti semakin tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Semua orang berebut-berebut nak jual […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *