Apa itu STEVIA? Wajib Tahu!

Apa itu Stevia? Apa itu Daun Stevia? Apa itu Ekstrak Stevia (Stevia Extract) Ingin Tahu? Jom baca artikel ini sampai habis ye..

 

Apa itu Stevia?

Kalau anda ingin tahu, Daun Stevia ini sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu lagi. Namun kajian meluas terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke-19 selepas pengkaji dan penyelidik Brazil mengetahui bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Biar betul? memang manis Stevia ni..

Apa itu stevia

Okey, berbalik kepada Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan. Stevia adalah berasal dari keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea. Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Stevia yang diluluskan dalam Akta makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak Stevia.

 

Apa itu Ekstrak Stevia?

Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis. Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Kemanisan daripada ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu. Walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi ia tidak mengandungi kalori (zero calorie). Ia tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak, dan tiada kolesterol.

Ekstrak Stevia ( Stevia Extract) telah meluas digunakan di seluruh dunia selepas diluluskan oleh FDA. Di Malaysia, Ekstrak Stevia tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia bukannya ubat atau supplemen, tetapi ia adalah sejenis bahan pemanis yang terletak di bawah Akta Makanan.

Disebabkan Stevia ini selamat digunakan dan tahan suhu tinggi, telah ramai pengguna Malaysia yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

pokok-daun-stevia

Selain Ekstrak Stevia berfungsi sebagai pemanis makanan dan minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan seperti mengawal berat badan, mengelak dan mengawal Kencing Manis (Diabetes) dan juga mampu mengawal tekanan darah dalam badan. Rujuk Khasiat Stevia.

 

Saya berharap rakan pembaca sudah dapat mengetahui apa itu Stevia?dan serba sedikit tentang Apa itu Ekstrak Stevia.

 

Info terkini: Salah satu produk Stevia yang tengah hangat di pasaran adalah Royal Sweetener Stevia (RSS @ STEVIA RCC). Harga lebih murah dan jimat serta tanpa bahan pewarna atau perasa tambahan. Dan yang paling best adalah hanya guna 1 titis boleh maniskan segelas air.. Memang hebat kan?

Saya harap info ini dapat membantu pembaca memahami Apa itu Stevia?

One thought on “Apa itu STEVIA? Wajib Tahu!

  1. […] perlu tahu, terdapat banyak komponen dalam daun Stevia. Tetapi biasanya Stevia di pasaran adalah Ekstrak Stevia yang mana penyebab kemanisannya telah diasingkan daripada daun […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *