Cara Buat Dadih Dengan Hanya 6 Titis Gula Stevia

Bagaimana cara untuk buat dadih yang sedap dengan hanya 6 titis gula stevia RCC?

Hari ini, saya ingin kongsikan bagaimana cara buat dadih yang sedap dan manis dengan gula stevia iaitu Royal Sweetener Stevia (RSS), keluaran syarikat RCC Global (M) Sdn Bhd.

Imej royal sweetener stevia

1 titis gula stevia RCC adalah bersamaan dengan 3 sudu teh gula pasir ye..

Jadi bagaimana cara untuk buat dadih dengan Gula Stevia iaitu pengganti semulajadi gula pasir.

Saya bukanlah pakar dadih ye.. hihi. Tapi saya sekadar ingin kongsikan tutorial cara buat dadih yang sedap dan manis tapi rendah kalori, Supaya dadih ini juga boleh dimakan oleh pesakit kencing manis dan obesiti.

Gambar Dadih Jagung dengan gula Stevia RCC

LANGKAH-LANGKAH

1. Didihkan 3 liter air dalam periuk masakan. Kalau tiada bekas penyukat, Boleh sukat air tersebut guna botol mineral 1.5 liter. Tuangkan 2 botol air.

Gambar Dadih, Gula Stevia dan Susu Cair

2. Kemudian masukkan  1 tin susu cair rendah lemak iaitu lebih kurang 400 ml.

3. Masukkan 6 titis gula stevia RCC ke dalam periuk dan gaulkan sebati. Biasanya orang akan menggunakan 100 gram gula pasir dan jumlah ini bersamaan lebih kurang 400 kalori. Banyak tu.

Dengan penggunaan gula stevia keluaran syarikat RCC ini, kita berjaya mengurangkan kalori tersebut kerana gula Royal Sweetener Stevia sememangnya tidak mengandungi kalori. Hebatkan?

4. Setelah air mendidih, api dapur gas boleh dimatikan. Kemudian masukkan serbuk dadih ke dalam periuk dan gaulkan sekata.

Gambar Serbuk Dadih

5. Selepas itu, biarkan suhu air tersebut berkurang sedikit sebelum dimasukkan ke dalam bekas dadih

6. Tuangkan air dadih ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk

Gambar Dadih Jagung di Peti Sejuk

Tahniah.. dah siap dadih yang sedap, manis dan menyihatkan.. Nyam..Nyam..

Mudah je kan?

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *