PERKHIDMATAN DROPSHIP STEVIA RCC

PERKHIDMATAN DROPSHIP STEVIA RCC

(Royal Sweetener Stevia)

 

Assalamualaikum & Salam Semanis Stevia daripada kami, SteviaMalaysia.com 

Anda tiada masa nak pergi pejabat pos untuk menghantar tempahan pelanggan anda? 

Anda sibuk kerja & hanya buat secara sambilan?

Jangan risau, kami bantu anda.

Kami menawarkan perkhidmatan dropship Stevia RCC kepada pelanggan anda.

Apa itu Dropship?

Dropship adalah perkhidmatan di mana anda tidak perlu membuat pembungkusan dan penghantaran produk. Maksudnya anda tidak perlu simpan produk. Jika ada pelanggan ingin membeli produk anda dan telah membuat bayaran, maka anda hubungi pembekal dan buat bayaran kepada mereka. Seterusnya pihak pembekal yang akan membuat pembungkusan & penghantaran kepada pelanggan anda.

Laman ini adalah khas, buat ahli-ahli pengedar Stevia RCC yang berdaftar sahaja. Jika anda masih belum menjadi pengedar Stevia RCC, anda boleh daftar di sini secara percuma: Daftar Pengedar Stevia

Kami di SteviaMalaysia.com membantu ahli-ahli pengedar Stevia RCC di seluruh Malaysia yang memerlukan bantuan perkhidmatan pembungkusan & penghantaran produk Royal Sweetener Stevia  kepada pelanggan anda atau dipanggil sebagai Perkhidmatan Dropshipping Stevia RCC.

Perkhidmatan Dropship Stevia RCC

PERKHIDMATAN DROPSHIP STEVIA RCC

✔Anda terima tempahan & bayaran pelanggan anda

✔Anda bayar kami & beri maklumat penghantaran pelanggan anda

✔Kami akan bungkus & hantar Stevia RCC kepada pelanggan anda

✔Kemudian kami akan pindahkan No Serial Pin kepada akaun RCC anda

✔Anda yang akan mendaftarkan pelanggan anda di laman web www.rcc2u.com/member

PENAFIAN: Kami bukanlah pekerja atau mewakili pihak syarikat RCC Global (M) Sdn Bhd, tetapi kami juga adalah pengedar & Stokis Stevia RCC yang berdaftar dan laman web SteviaMalaysia.com adalah inisiatif kami sendiri untuk menyebarkan informasi berkaitan Stevia RCC serta membantu ahli-ahli pengedar yang lain.

Kami hanya menerima tempahan untuk produk Stevia RCC sahaja iaitu:

1. Kotak Stevia RCC Plan A (3 Botol)

Dropship Stevia RCC Kotak Plan A

  • Kotak Plan A adalah pakej pendaftaran sahaja sama ada pakej Silver, Gold atau Platinum

 

2. Kotak Stevia RCC Plan B (2 Botol)

Dropship Stevia RCC Plan B

  • Kotak Stevia Plan B adalah untuk belian ulangan sahaja. Anda mestilah telah berdaftar sebagai ahli RCC dan memiliki username RCC2u.com.

Baca Terma & Syarat Kami

  • Kami hanya membuat pembungkusan & penghantaran produk Stevia RCC sahaja.
  • Kami akan memindahkan No Serial Pin  ke akaun RCC anda . Proses pendaftaran ahli baru tajaan anda perlu dilakukan oleh anda sendiri dan anda perlu key in kan sendiri No Serial Pin untuk belian ulangan anda.
  • Kami hanya menggunakan perkhidmatan Pos Laju sahaja dan kos pos penghantaran kami adalah telah ditentukan & diselaraskan. Kami tidak memberikan percuma kos penghantaran bagi perkhidmatan dropshipping. Ia adalah inisiatif pengedar sendiri.
  • Pastikan anda memberikan maklumat alamat untuk penghantaran yang tepat. Kami tidak bertanggungjawab jika alamat yang diberikan adalah salah.
  • Proses pembungkusan & penghantaran mungkin akan mengambil masa 2-10 hari dari tarikh anda membuat tempahan. Namun kebiasaannya, jika tiada masalah, pelanggan kami menerima tempahan mereka hanya dalam masa 2-3 hari sahaja.
  • Jika anda tidak menerima produk anda selepas 10 hari dari tarikh tempahan, sila hubungi kami segera di steviamalaysiadotcom@gmail.com
  • Jika produk yang anda terima mengalami kerosakan, sila maklumkan kami segera dalam masa 3 hari dari tarikh anda menerima produk tersebut. Pastikan anda mengambil gambar terhadap kerosakan tersebut dan emelkan kepada kami segera di steviamalaysiadotcom@gmail.com. Kelewatan melaporkan kerosakan tidak akan dilayan.
  •  

  • Anda bersetuju mematuhi terma & syarat ini sebelum membuat tempahan. Terma & syarat akan berubah dari masa ke semasa.

Kami berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Jika anda bersetuju dengan terma & syarat di atas, anda boleh membuat tempahan di bawah.

 Beli Royal Sweetener Stevia Secara Online