EKSPERIMEN – Ujikaji Semut dengan Gula Pasir dan Pemanis Stevia

Hari ini, saya ingin kongsikan satu fakta yang menarik iaitu SEMUT TIDAK SUKA STEVIA. Terdapat banyak persoalan yang bermain di fikiran bagaimana dan kenapa semut tidak suka gula Stevia sedangkan ia adalah sangat manis berbanding gula pasir.

eksperimen-semut-stevia-gula-pasir

  • Kenapa semut tidak suka stevia?
  • Adakah Stevia mengandungi bahan kimia yang bahaya sehingga semut pun tidak suka?
  • Adakah sebab Stevia tidak cukup manis untuk semut?

Eksperimen ini telah dikongsikan oleh mentor saya yang membimbing kami dalam perniagaan Royal Sweetener Stevia di Malaysia. Bagi saya, eksperimen ini sangat menarik dan mencuri perhatian saya berkaitan stevia. Anda pula bagaimana?

Ujikaji Eksperimen Pemanis Stevia dengan Semut

Foto Kredit: Mentor

Dalam ujikaji ini, pengkaji telah meletak 1 titis cecair gula pasir pada 1 bahagian dan 1 titis Royal Sweetener Stevia pada 1 bahagian yang lain. Selepas 10 minit, didapati semut hitam lebih banyak pada gula pasir yang diperbuat daripada tebu. Manakala, seekor semut tidak ada mendekati pemanis stevia ini. KENAPA?

Kenapa Semut tidak suka Stevia?

Saya telah membuat beberapa bacaan berkaitan semut dan stevia. Semut dikatakan mempunyai reseptor rasa terhadap gula sukrosa iaitu bahan yang terdapat dalam gula pasir tetapi tidak pada stevia. Komponen yang menyebabkan Stevia manis adalah Steviol Glycosides. Organ rasa semut mungkin tidak dapat mengesan kemanisan pada stevia. Bukannya semut tidak suka stevia tetapi mereka tidak mengesan kemanisan pada stevia. Bagi lidah manusia, gula pasir dan gula stevia adalah manis disebabkan reseptor pada lidah kita boleh mengesan kemanisan pada kedua-dua gula ini tetapi berlainan pada organ rasa si semut.

Fakta Kenapa Semut Tidak Suka Stevia

Adakah Stevia mengandungi bahan kimia yang bahaya?

Stevia adalah tumbuhan semulajadi yang telah digunakan sejak 1500 tahun dahulu lagi. Ia tidak mengandungi bahan kimia yang bahaya. Stevia selamat digunakan oleh semua peringkat usia. Stevia adalah alternatif pengganti gula pasir yang terbaik di pasaran. Telah terbukti secara kajian saintifik.

 

Adakah Stevia tidak cukup manis untuk semut?

Stevia adalah 200 – 300 lebih manis daripada gula pasir. Namun organ rasa semut tidak dapat mengesan kemanisan stevia. 1 titis Royal Sweetener Stevia bersamaan dengan 3 sudu teh gula pasir.

Cuba anda letakkan 1 titis gula stevia ini pada lidah anda. Adakah ia manis ataupun pahit? 🙂

Jom buat eksperimen pula untuk manusia. Anda akan berfikir secara logik kenapa semut tidak suka stevia.. Selamat mencuba.

Tinggalkan komen di bawah ye kalau dah buat eksperimen pada diri sendiri pula..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *