7 Fakta Ringkas Pemanis Gula Stevia

Apa 7 Fakta Ringkas Pemanis Gula Stevia Yang Perlu Kita Tahu?

Pemanis Gula Stevia & Gambar Kartun

Saya pun baru juga tahu tentang pemanis gula Stevia ini daripada seorang kawan doktor yang sekarang ini sedang menyambung kepakaran dalam bidang Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health). Beliau yang mula-mula menerangkan tentang khasiat Stevia yang terbukti secara kajian saintifik. Masa tu, dah mula rasa minat ingin tahu lebih tentang pemanis gula Stevia ini.

Kemudian, saya dapat penerangan yang lebih jelas tentang khasiat gula Stevia ini daripada seorang lagi rakan doktor yang lebih senior. Sejak dari itu, saya banyak berkongsi kebaikan dan khasiat pemanis semuladi Stevia kepada orang-orang di sekeliling. Hari ini, saya ingin kongsikan 7 fakta ringkas tentang pemanis gula Stevia yang perlu kita tahu. Antaranya adalah:

1. Stevia adalah pemanis semulajadi daripada daun Stevia Rebaudiana, dalam keluarga bunga matahari, yang berasal dari Paraguay. Ia adalah pengganti gula tebu yang terbaik.

2. Stevia mengandungi sifar kalori, sifar karbohidrat, sifar glisemik indeks

3. Dalam daun Stevia, terdapat komponen Steviol Glycoside yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada stevia. Ekstrak daun Stevia adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula pasir

4. Stevia adalah produk herba yang selamat digunakan sejak berabad lamanya. Ia selamat digunakan oleh semua golongan usia termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung

5. Stevia tidak menggunakan bahan kimia, alkohol , pengurai atau enzim sepanjang proses ekstrak daun stevia

Royal Sweetener Stevia hanya mengandungi ekstrak stevia dan air reverse osmosis sahaja. Tiada bahan kimia, pewarna atau perasa tambahan. Ia bersifat semulajadi.

6. Penggunaan Stevia dalam makanan telah diluluskan oleh FDA. Stevia adalah produk di bawah Akta Makanan. Bukannya ubat atau supplemen.

7. Stevia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sama ada dalam produk makanan atau pun minuman.

Syarikat gergasi seperti Coca Cola dan Pepsi telah menggunakan stevia dalam sebahagian produk mereka sejak 2013 lagi. Sekarang ini, lebih banyak syarikat yang menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis produk mereka.

Harap info ini dapat membantu. Apa komen anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *