Blog Kesihatan Seorang Doktor & Pengedar Gula Stevia Di Malaysia

Blog Kesihatan: Pembekal dan Pengedar Gula Stevia di Malaysia

Assalamualaikum semua, Selamat datang ke blog SteviaMalaysia.com. Kami adalah pengedar gula Stevia di Malaysia. Anda boleh tempah gula stevia ini secara online dari kami.

Pengedar Gula Stevia Di Malaysia

Hari ini 1 November 2014, saya melancarkan secara rasmi blog kesihatan SteviaMalaysia.com dengan tagline Misi Ke Arah Gula Tanpa Kalori.

Saya Dr.Norbayah atau lebih dikenali sebagai Aya Norbayah dalam dunia online. Saya merupakan seorang doktor, blogger, internet marketer dan yang pastinya penggemar gula Stevia. Saya juga menjadi salah seorang pengedar gula Stevia di Malaysia iaitu pemanis semulajadi  dengan 1001 rahsia khasiatnya yang terbukti secara kajian saintifik.

Saya wujudkan blog kesihatan ini iaitu SteviaMalaysia.com dengan tujuan berkongsi khasiat dan kegunaan daun stevia sebagai pengganti gula pasir. Pelbagai info kesihatan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Obesiti, Kanser dan sebagainya akan dikongsikan dalam blog kesihatan ini. Kajian-kajian saintifik yang membuktikan kebaikan dan keunikan stevia juga akan saya kongsikan dalam blog ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada ruangan komen pada setiap artikel yang akan datang.

daun stevia

SteviaMalaysia.com juga menjadi platform untuk penggemar-penggemar gula stevia mendapatkan pemanis semulajadi ini iaitu Royal Sweetener Stevia secara online dengan harga yang murah. Jika anda menjadi ahli pengguna berdaftar, anda berpeluang mendapatkan harga Royal Sweetener Stevia (RSS) ini pada harga borong dan murah. Royal Sweetener Stevia dihasilkan oleh syarikat bumiputera RCC Global (M) SDN BHD. Gula stevia dalam bentuk cecair yang diperbuat daripada ekstrak daun stevia dan air reverse osmosis sahaja. Tiada bahan kimia, perasa, pewarna tambahan didalamnya. 100% semulajadi. Tiada kolesterol dan tiada kalori.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mengumpul Mata Ganjaran atau Reward Point setiap kali membeli gula stevia RCC ini untuk kegunaan harian. Keahlian sebagai pengguna berdaftar adalah percuma dan tidak perlu yuran tahunan. Banyak hadiah boleh ditebus dengan mata ganjaran ni seperti barangan elektrik, handphone, topup, gadgets, pakej percutian, pakej umrah, baucer membeli belah dan banyak lagi. Jadi memang tidak rugi berdaftar sebagai pengguna berdaftar.

SteviaMalaysia.com juga akan membantu sesiapa yang berminat untuk menjadi pembekal atau pengedar gula stevia ini iaitu Royal Sweetener Stevia(RSS), di seluruh Malaysia. Bantuan secara offline dan online akan diberikan kepada sesiapa yang berminat. Banyak kelebihan dan keuntungan sebagai agen pengedar gula stevia RCC kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi menggantikan gula pasir yang diperbuat daripada tebu.

Saya berharap info-info yang dikongsikan dalam blog ini akan membantu lebih ramai orang menjaga kesihatan dan bertukar kepada gula stevia. Harapan saya, Misi ke arah gula tanpa kalori akan tercapai. Lebih banyak penyakit atau komplikasi penyakit tidak berjangkit (NCD) dapat dikurangkan.Amin

8 thoughts on “Blog Kesihatan Seorang Doktor & Pengedar Gula Stevia Di Malaysia

  1. MOHD DION FAIZ BIN DAHALAN says:

    Boleh saya tahu sejauh mana sambutan rakyat di Malaysia ini terhadap pengunaan stevia.

    • So far, penerimaan Stevia semakin meningkat di Malaysia sbb makin ramai orang sedar tentang kebaikan stevia.. Jepun sendiri telah amalkan stevia sejak 30 tahun dulu lagi.

  2. Heeda Masbah says:

    Assalamualaikum doctor

  3. Kenapa badan kering selepas minum sebotol air 1000ml campur rcc stevia sweetener?

    • Hi tn Aqlam.. Biasanya badan akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru. Stevia mempunyai kesan diuretic iaitu menggalakan dan melancarkan pembuangan air kecil selain kesan kesihatan yang lain. Sbb tu, pastikan tn Aqlam minum air dalam 2-3 Liter sehari..

  4. aslm???? dimanakah dpt saya beli hanya untuk kegunaan sendiri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *