Apakah pengganti gula pasir yang terbaik? Dan terbukti secara kajian saintifik? Hari ini saya akan berkongsi pengganti gula pasir yang saya rasakan terbaik yang dikenali sebagai gula sihat atau gula tanpa kalori. Apakah alternatif gula pasir tersebut?
Pengganti gula pasir yang saya maksudkan adalah STEVIA.
- Stevia adalah pemanis semulajadi dari tumbuhan
- Stevia adalah pemanis yang hampir sifar kalori
- Stevia adalah tidak toksik dan terbukti secara kajian saintifik
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mencadangkan Stevia sebagai pengganti gula pasir..
Dr Mohd Farid iaitu Doktor Pakar Kesihatan Awam & Kesihatan Pekerjaan turut mencadangkan Stevia sebagai pengganti gula pasir yang terbaik
TAHUKAH ANDA?
MALAYSIA merupakan negara PALING BANYAK MENGGUNAKAN GULA di dunia.
MALAYSIA adalah negara PALING TINGGI OBESITI di negara-negara ASEAN.
MALAYSIA adalah negara PALING TINGGI KENCING MANIS di negara-negaran ASEAN.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengistiharkan PERANG TERHADAP GULA. Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah had pengambilan gula adalah TIDAK MELEBIHI 6 sudu teh gula sehari. Purata pengambilan gula di Malaysia adalah 26 sudu teh gula sehari.
Jika Anda tidak mampu mengawal dan menghadkan pengambilan gula dalam sehari atau mungkin telah menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti Obesiti, Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Kanser dan sebagainya, maka anda dicadangkan menggunakan pemanis alternatif semulajadi yang SIFAR KALORI dan tidak meningkat bacaan paras gula dalam darah seperti STEVIA. Hati-hati dengan gula yang tersembunyi seperti makanan dan minuman yang diproses.
APA ITU STEVIA?
Stevia adalah pemanis semulajadi yang berasal daripada daun Stevia Rebaudiana. Stevia juga dikenali sebagai daun manis (sweetleaf), daun gula (sugarleaf) dan juga herba manis (sweet herb).
Daun Stevia ini berasal dari keluarga bunga matahari (Asterecea). Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun dahulu sebagai pemanis semulajadi dan juga sebagai rawatan dan penyembuhan luka.
Negara JEPUN juga telah menggunakan pemanis gula Stevia secara meluas sejak 30 tahun dulu lagi disebabkan oleh keunikan pemanis ini.
Royal Sweetener Stevia adalah pemanis semulajadi buatan Malaysia yang berbentuk cecair dan diperbuat daripada ekstrak Stevia.
6 KELEBIHAN PEMANIS GULA STEVIA
Terdapat banyak kelebihan pemanis gula Stevia seperti Royal Sweetener Stevia @ dikenali sebagai Stevia RCC. Antaranya adalah:
- Keunikan Stevia adalah pemanis semulajadi dari tumbuh-tumbuhan yang 200-300 kali lebih manis dari gula pasir (pokok tebu).
- Gula tanpa kalori @ Sifar Kalori. Pengambilan kalori berlebihan dalam badan boleh menyemakkan pembentukan lemak dalam badan.
- Tiada lemak dan Tiada kolesterol
- Gula Stevia SELAMAT digunakan pada peringkat usia termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung.
- Pemanis yang tidak toksik
- Gula Stevia mempunyai kesan kebaikan untuk kesihatan dan perubatan
10 KEUNIKAN ROYAL SWEETENER STEVIA
Terdapat beberapa keluaran produk Stevia di pasaran. Namun begitu, Royal Sweetener Stevia atau Stevia RCC mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antaranya adalah:
- Royal Sweetener Stevia adalah pemanis semulajadi daripada ekstrak Stevia berbentuk cecair yang dicampurkan dengan air reverse osmosis sahaja.
- Tiada bahan pewarna
- Tiada perasa tiruan
- Tiada perasa tambahan
- Terbukti melalui keputusan makmal bahawa ianya selamat dan sifar kalori
- Diperbuat daripada Ekstrak Stevia yang diluluskan di bawah Akta Makanan
- Produk Stevia yang halal dan dihasilkan oleh bumiputera muslim Malaysia
- Gula Stevia RCC ini adalah berbentuk cecair dan mudah disukat. Hanya 1 titis boleh memaniskan 200 ml air.
- Pemanis Stevia RCC ini diletakkan dalam botol yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana walaupun ke kedai makan. 1 botol Stevia RCC mengandungi 10 ml dan boleh mencapai 200 hingga 300 titis sebotol.
- Harga Royal Sweetener Stevia juga adalah sangat murah berbanding produk Stevia yang lain yang berada di pasaran Malaysia. Malah, pengguna Stevia RCC mempunyai manfaat keahlian yang tidak ditawarkan oleh syarikat lain seperti kumpul mata ganjaran, diskaun sehingga 40%, Tabung kebajikan & Tabung Khairat Kematian sehingga RM3000.
10 KHASIAT PEMANIS GULA STEVIA
Kebaikan dan kelebihan Stevia telah terbukti secara Kajian Saintifik. Antara khasiat Stevia RCC iaitu Royal Sweetener Stevia adalah:
- Menurunkan paras gula dalam darah pada pesakit Kencing Manis
- Menurunkan tekanan darah untuk pesakit Tekanan Darah Tinggi
- Mengurangkan kesan radang dan mempercepatkan penyembuhan luka
- Mempunyai kesan anti-oksidan dan mengurangkan risiko kanser
- Mengawal kandungan air dalam badan
- Meningkatkan sistem pertahanan badan terhadap kuman
- Merawat cirit-cirit akibat jangkitan virus seperti Rotavirus
- Mengawal berat badan yang berlebihan seperti obesiti
- Memberikan tenaga yang berterusan
- Mencantikkan kulit dan awet muda disebabkan oleh kesan anti-oksidan. Anti-oksidan ini penting untuk melambatkan penuaan sel badan.
Boleh dapatkan pengganti Gula Pasir secara online di sini: Pemanis Stevia
Harap info ini memberi manfaat. ^^