Pinggan Sihat Malaysia, Wajib Tahu!

Berapa ramai yang tahu tentang Pinggan Sihat Malaysia? Tahukah anda wujudnya Pinggan Sihat ini? Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang Pinggan Sihat Malaysia yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pinggan sihat ini sangat berguna dan wajib diketahui oleh semua orang bagi mengelakkan peningkatan obesiti yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Pinggan Sihat Malaysia Ini dipanggil Suku Suku Separuh, Kenapa?

 

gambar-pinggan-sihat-malaysia

 

PINGGAN SIHAT MALAYSIA

Dalam pinggan sihat ini:

  • 1/4 dari pinggan (suku) adalah karbohidrat seperti nasi, mie, roti, bijirin, produk bijiran dan ubi
  • 1/4 dari pinggan (suku) adalah protein seperti Ikan, ayam, daging dan kekacang
  • 2/4 dari pinggan (separuh) adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jom layan video Suku Suku Separuh dari KKM.

 

Mesej yang ingin disampaikan (Tips Diet):

  1. Lebihkan sayuran dan buahan untuk keluarga
  2. Makan di rumah
  3. Beli pelbagai jenis sayur dan buah
  4. Beli buah  dan sayur yang cukup untuk keluarga
  5. Beli buah dan sayur yang segar
  6. Kurangkan pengambilan gula
  7. Kurangkan pengambilan lemak

Harap info ini dapat membantu, boleh muatturun di sini: Pinggan Sihat Malaysia (PDF) jika ingin print dan tampal dekat dinding dapur..Biar semua keluarga kita dapat tengok. hehe

Kita cuba amalkan di dalam keluarga kita agar anak-anak dapat dididik dengan cara pemakanan sihat sejak dari kecil lagi.

Anda dah mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *