Stevia Untuk Ibu Menyusukan Anak, Adakah SELAMAT?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini, saya menerima emel pertanyaan daripada salah seorang rakan yang berminat dengan pemanis gula Stevia iaitu Puan Wan.

Soalan beliau..

Assalamualaikum, saya nak tanya pengambilan gula ini selamat bagi ibu yang baru sudah berpantang dan masih menyusukan? Ada limit tak untuk kegunaan seharian? Terima kasih.

Emel Pertanyaan Stevia Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan Anak

Terima kasih Puan atas pertanyaan.

Stevia untuk ibu menyusukan anak, Adakah ia SELAMAT?

Stevia mempunyai banyak masalah dari segi regulatari penggunaan Stevia di negara-negara tertentu disebabkan pelbagai isu perdebatan keselamatannya.

Di bawah ini adalah ringkasan daripada Stevia Safety berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat. Disediakan oleh The Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) & European Food Safety Authority (EFSA).

Stevia untuk Ibu Menyusukan Anak - Stevia Safety

High Purity Stevia adalah selamat untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Tapi Stevia yang dimaksudkan ini adalah komponen pemanis yang telah diasingkan daripada daun Stevia iaitu Steviol Glycoside. Kita perlu tahu, terdapat banyak komponen dalam daun Stevia. Tetapi biasanya Stevia di pasaran adalah Ekstrak Stevia yang mana penyebab kemanisannya telah diasingkan daripada daun Stevia.

Ada juga kajian saintifik dilakukan menunjukkan Stevia tidak menyebabkan Teratogenik ataupun menyebabkan kecacatan pada bayi. Namun kajian saintifik tersebut dibuat ke atas tikus.

Adakah Penggunaan Stevia Mempunyai Had Limit dalam Sehari?

The Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) defines Acceptable Daily
Intake (ADI) as “An estimate of the amount of a substance in food or drinking water, expressed on a body-weight basis, that can be ingested daily over a lifetime without appreciable risk (standard human = 60 kg). The ADI is listed in units of mg [milligram] per kg [kilogram] of body weight.” Consuming more than the ADI does not mean an effect will occur because the ADI includes a wide margin of safety above what is deemed the “No Observed Effect Level.” JECFA has assigned an ADI of four mg/kg bw for steviol glycosides, expressed as steviol. 

Mengikut kenyataan di atas, penggunaan Ekstrak Stevia (Steviol Glycoside)sehari adalah 4 mg/kg/day. Maksudnya, jika berat anda adalah 50 kg, maka had pengambilan Stevia adalah 200 mg sehari. Ia adalah langkah berjaga-jaga. tapi anda jangan risau jika terlebih kerana ia mempunyai margin keselamatan yang luas.

Ada juga kajian yang menunjukkan penggunaan Stevia sehari adalah 1000 mg/ day tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan kepada individu.

European Food Safety Authority

The results of toxicological testing indicated that steviol glycosides are not genotoxic, carcinogenic, nor associated with any reproductive/developmental toxicity. The NOAEL in the 2-year carcinogenicity study in the rat was 2.5% stevioside (95.6% purity) equal to 967 mg stevioside/kg bw/day (corresponding to approximately 388 mg steviol equivalents/kg bw/day).

Single doses of 1000 mg steviol glycosides/person/day (97% rebaudioside A) (corresponding to approximately 330 mg steviol equivalents/day) did not affect glucose homeostasis and did not affect blood pressure in individuals with normal glucose tolerance or type-2 diabetes mellitus. Also repeated use for 16 weeks of 1000 mg rebaudioside A/person/day did not alter glucose homeostasis in individuals with type-2 diabetes mellitus. Blood pressure parameters were not significantly affected by oral intake of 1000 mg rebaudioside A/person/day for 4 weeks in individuals with normal and low systolic blood pressure. This daily dose corresponds to 16.6 mg of rebaudioside A/kg bw for a person weighing 60 kg and to approximately 5.5 mg steviol equivalents/kg bw/day.

Artikel terkini European Food Safety Authority 2015

Biasanya produk di pasaran Malaysia, mengandungi kandungan ekstrak Stevia yang telah ditetapkan.

Saya harap, saya dapat menjawab pertanyaan puan Wan berkaitan dengan Stevia untuk ibu menyusukan anak & ibu bersalin yang berpantang. Harap rakan-rakan lain dapat berkongsi sebarang info terkini melalui ruang komen di bawah.. Rakan-rakan boleh rujuk individu yang lebih pakar untuk info lanjut.

Jom senyum semanis Stevia.. Lebih Manis.. Lebih Sihat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *