Tabung Kebajikan RCC Global – 6 Perkara Perlu Tahu!

Tabung Kebajikan RCC Global(M) Sdn Bhd

Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap semua rakan pembaca sihat walafiat hendaknya. Hari ini saya ingin terangkan pula tentang Tabung Kebajikan RCC Global (M) Sdn Bhd iaitu tabung sumbangan atau bantuan khas untuk ahli-ahli RCC yang ditimpa bencana atau kemalangan.

Sebelum ini, saya ada tulis beberapa artikel seperti di bawah:

Artikel kali ini, saya lebih fokus kepada maklumat tentang Tabung Kebajikan RCC Global pula. Dalam artikel ini, beberapa persoalan, In sha Allah, akan terjawab:

  1. Apa itu Tabung Kebajikan RCC Global?
  2. Apa terma dan syarat agar ahli LAYAK menerima Tabung Kebajikan RCC?
  3. Berapa jumlah sumbangan bantuan tabung ini?
  4. Bagaimana cara pengiraan sumbangan?
  5. Dari mana sumber kewangan untuk sumbangan tabung kebajikan RCC?
  6. Apa maksud keuntungan komisen ahli RCC untuk tabung ini?

 

Apakah itu Tabung Kebajikan RCC Global?

Tabung Kebajikan RCC Global adalah sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada ahli RCC yang ditimpa kemalangan atau bencana.

Tabung Kebajikan Ahli RCC ini diwujudkan bagi menjaga kebajikan pengguna-pengguna setia produk keluaran syarikat. Tabung ini layak dimohon mengikut terma dan syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat. Ini membuktikan bahawa syarikat juga begitu prihatin terhadap kebajikan ahli ahlinya.

Dengan konsep perkongsian keuntungan dari syarikat dan ahlinya ini,kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita tanpa mengira bangsa dan agama selain dapat meringankan sedikit beban yang di tanggung oleh ahli tersebut.

 

Apakah terma dan syarat bagi layak mendapat Tabung Kebajikan RCC ?

Terma & Syarat Tabung Kebajikan RCC2U atau RCC Global (M) Sdn Bhd adalah:

  • Umur 18 tahun ke atas LAYAK mendaftar
  • Ahli pengguna atau pengedar sekurang-kurangnya telah berdaftar selama 3 bulan. Maksudnya selepas 3 bulan jadi ahli, baru layak dapat tabung ini.
  • Selepas 3 bulan, pengguna atau pengedar harus membuat belian peribadi minimum 1 kotak (2 botol Royal Sweetener Stevia) setiap bulan.

1 KOTAK BELIAN PERIBADI = 2 BOTOL ROYAL SWEETENER STEVIA

 tabung-kebajikan-rcc

Berapa Jumlah Bantuan Sumbangan Tabung Khairat Kematian RCC2u ini?

Jumlah bantuan khairat kematian adalah seperti berikut:

  • Tabung Kebajikan akan disumbangkan kepada mereka yang layak dan menepati setiap kriteria yang diperlukan oleh pihak syarikat.
  • Jumlah pemberian dana kebajikan ini adalah mengikut dan bergantung pada kes-kes tertentu dan akan dinilai oleh pihak syarikat.
  • Jumlah dana yang dikeluarkan oleh syarikat adalah minima RM500 untuk kes-kes tertentu.

Pihak syarikat berhak meminda terma dan syarat tanpa sebarang notis.

 

Bagaimana cara pengiraan Tabung Kebajikan RCC Global dan dari mana sumber kewangan untuk sumbangan ini?

Sumber kewangan bagi Tabung Kebajikan adalah gabungan keuntungan Syarikat RCC Global (M) Sdn Bhd dan juga keuntungan ahli RCC.

 

Apa Maksud Keuntungan dari Ahli RCC?

PENAJAAN PAKEJ SILVER

Tabung Kebajikan RCC2u Global Pakej Silver

Setiap 1 pendaftaran akaun bisnes yang baru, RM1 daripada komisen ahli RCC akan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan. Sebagai contoh:

Pendaftaran baru 1 pakej silver yang berharga RM140 (Semenanjung) dan RM145(Sabah/Sarawak), maka ahli baru tersebut akan dapat 1 akaun RCC… Maka penaja (sponsor) akan memperolehi komisen penajaan sebanyak RM35, Betul tak? Jadi RM1 akan ditolak daripada RM35 tu, maka komisen penajaan selepas tolak RM1 tabung kebajikan adalah RM34 untuk penajaan pakej Silver.

 

PENAJAAN PAKEJ GOLD

Tabung Kebajikan RCC2u Global pakej Gold

Bagi setiap pendaftaran baru bagi 1 pakej Gold yang berharga RM420/ RM435, ahli baru tersebut akan mendapat 3 akaun RCC, maka penaja akan memperolehi komisen tajaan sebanyak RM105.

Jadi RM3 (RM1 x 3 akaun) akan ditolak daripada komisen RM105 tadi dan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan, maka komisen penajaan selepas tolak rm3 adalah RM102 untuk penajaan pakej Gold.

 

PENAJAAN PAKEJ PLATINUM

Tabung Kebajikan RCC2u Global Pakej Platinum

Bagi pendaftaran baru bagi 1 pakej Platinum yang berharga RM980/RM1015, ahli baru tersebut akan dapat 7 akaun RCC, maka penaja akan memperolehi komisen sebanyak RM245.

Jadi RM7 (RM1 X 7 akaun) akan ditolak daripada komisen RM245 tadi dan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan. Maka komisen tajaan untuk pengedar selepas tolak RM7 adalah RM238 bagi penajaan pakej Platinum.

 

Berapa jumlah bersih atau komisen sebenar bagi KOMISEN PENAJAAN untuk setiap pakej RCC Global? Jom baca sini: Komisen Tajaan Bersih Stevia RCC

Harap rakan pembaca dapat faham ye..  join my RCC Global team Dr.Norbayah & Jutawan Stevia. Hubungi kami. atau Daftar Jadi Pengedar

2 thoughts on “Tabung Kebajikan RCC Global – 6 Perkara Perlu Tahu!

  1. […] pengguna berdaftar juga, kita layak mendapat bantuan Tabung kebajikan mengikut terma dan […]

  2. […] saya ada menerangkan tentang tabung-tabung RCC Global(M) Sdn Bhd iaitu Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan. Harap rakan-rakan pembaca dah baca dan faham ye, kalau tak faham, boleh ajukan soalan di ruang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *