WAJIB TAHU! 2 Terma & Syarat Tabung Khairat Kematian RCC

Assalamualaikum semua warga pencinta Gula Sihat Stevia

Hari ini, saya nak kongsikan info tentang 2 Terma & Syarat Tabung Khairat Kematian RCC Global yang perlu kita tahu sebagai pengguna mahupun pengedar Stevia RCC.

Dua hari lepas, saya ada menerima pertanyaan daripada salah seorang pengguna Stevia RCC yang berdaftar dengan ahli RCC yang lain . Beliau bertanyakan tentang sebab beliau tidak layak menerima Tabung Khairat Kematian selepas bapa beliau meninggal dunia.

Sebagai pengedar, kita wajib terangkan kepada pengguna-pengguna RCC tentang Kelebihan Ahli Pengguna RCC. Salah satunya adalah kita LAYAK menerima Tabung Khairat Kematian antara RM2000 – RM5000 jika ahli atau waris terdekat meninggal dunia mengikut terma dan syarat.

Apa 2 Terma dan Syarat Tabung Khairat Kematian RCC Global(M) Sdn Bhd?

1. Ahli telah berdaftar lebih daripada 3 BULAN.

2. Ahli telah membuat belian ulangan minima 1 set Stevia RCC yang berharga RM60 (WM) 3 bulan berturut-turut sebelum ahli atau waris ahli meninggal dunia.

Berdaftar Ahli RCC Lebih Daripada 3 Bulan

  • Sebagai contoh, salah seorang anak ahli tajaan saya meninggal dunia. Beliau telah mendaftar sebagai ahli pada bulan hujung bulan Disember 2014, tetapi anak beliau meninggal dunia pada awal bulan Februari 2015. Beliau masih tidak layak menerima Tabung Khairat Kematian RCC disebabkah tempoh keahlian kurang daripada 3 bulan.

 

Belian Ulangan Minima 1 Set Stevia RCC Sebulan

Tabung Khairat Kematian RCC Belian Bulanan

  • Sebagai contoh lagi, seseorang ahli RCC membuat belian ulangan pada bulan Februari 2015, tetapi terlupa membuat belian ulangan pada bulan Mac 2015. Malang tidak berbau, beliau meninggal dunia pada bulan April 2015. Maka waris beliau tidak layak menerima Tabung Khairat Kematian kerana tiada belian ulangan (belian peribadi) yang dibuat pada bulan sebelum meninggal dunia iaitu bulan Mac 2015.
  • Mati itu janji Allah. Disebabkan kita tidak tahu bila ajal berlaku, maka ahli digalakkan membuat belian ulangan setiap bulan untuk LAYAK menerima Tabung Khairat Kematian

Untuk pengetahuan juga, jumlah Tabung Khairat Kematian adalah bergantung kepada jumlah set belian bulan sebelum kematian. Boleh rujuk jadual di bawah.

Jumlah Belian Ulangan

Tabung Khairat Kematian

Ahli Meninggal Dunia

Tabung Khairat Kematian

Ahli Keluarga Meninggal Dunia

1 Set Plan B (RM60) RM2000 RM1000
2 Set Plan B (RM120) RM2500 RM1000
3 Set Plan B (RM180) RM3000 RM1000

Ps: Tugas pengedar untuk memberitahu kepada pengguna berdaftar tentang terma dan syarat Tabung Khairat Kematian RCC Global ini.

Rujuk Pematuhan Terhadap Terma dan Syarat Khairat Kematian Dan Kebajikan Baru

Berkuatkuasa dari tarikh 1 MEI 2016 terma dan syarat bagi tuntutan Dana Khairat dan Kebajikan RCC GLOBAL (M) SDN BHD adalah seperti berikut :

  • Ahli atau pengedar mestilah genap 3 bulan dari tarikh pendaftaran
  • Penilaian akan dibuat berdasarkan pembelian peribadi pada 3 bulan berturut turut sebelum berlakunya kes kematian atau musibah.
  • Setiap pembelian peribadi mestilah didaftarkan (di keyin) menggunakan ‘Pin No’ yang diberikan terus ke ID atau Username ahli tersebut oleh stokis atau Ibupejabat RCC.Pembelian yang tidak didaftarkan atau di keyin adalah tidak sah.
  • Segala tuntutan dan dokumen yang telah lengkap mestilah diemailkan ke customerservicercc2u@gmail.com dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kematian.Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan. Sila sertakan dokumen seperti sijil kematian,surat beranak,permit penguburan,salinan IC simati dan pewaris,pesuruhjaya sumpah (jika perlu),sijil nikah (untuk kes kematian suami @ isteri) serta apa apa dokumen yang boleh menyokong permohonan tersebut.
  • Kelayakan juga adalah untuk penama individu sahaja manakala nama yang didaftarkan atas nama syarikat tidak layak memohon.
  • Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon.
  • Untuk penama berdaftar,jumlah belian peribadi pada bulan sebelum berlaku kematian akan di ambil kira.
  • Sumbangan Dana Khairat juga hanya akan disumbangkan jika berlaku kematian kepada ahli keluarga penama berdaftar seperti ibubapa kandung,pasangan (suami @ isteri) dan anak kandung SAHAJA. Jumlah sumbangan sebanyak max RM2,000 akan diberikan jika terma dan syarat diatas telah dipatuhi.
  • Sumbangan akan dicreditkan ke dalam akaun pemohon jika permohonan mereka telah diluluskan seawal 1 – 2 bulan (bergantung juga kepada permohonan semasa).

jadual-tabung-rcc-tabung-khairat-kematian-terbaru-terkini-2016

Makan gula pun, dapat dilindungi khairat kematian. Royal Sweetener Stevia

Apa komen anda?

One thought on “WAJIB TAHU! 2 Terma & Syarat Tabung Khairat Kematian RCC

  1. […] Berkuatkuasa 11 May 2015, Dana Khairat Kematian bagi ahli RCC dan ahli keluarga RCC telah dinaikkan sebanyak RM1000 bagi setiap kategori dengan 2 syarat yang wajib ahli RCC tahu untuk layak menerima tabung RCC ini. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *