6 Tips Kurus Tanpa Pil Kurus – Jejaka Ini Turun 40KG

Assalamualaikum & Salam Semanis Stevia. Hari ini, saya nak berkongsi kisah kejayaan seorang jejaka iaitu saudara Arif Sukri yang berjaya menurunkan berat badan dari 120 Kg kepada 75 Kg. Lebih 40 Kg dalam 3 bulan. Wow! Apa Tips kurus Ustaz Fitness ini?

 

Jom kita baca perkongsian 6 TIPS KURUS dari saudara Arif Sukri.

Tanpa Pil Kurus
Tanpa Puasa Nasi

ustaz-fitness-tips-kurus-arif-sukri

TIPS SIHAT. HILANG 40 KG TANPA PIL KURUS!

Berikut adalah yang ingin saya kongsikan;

1. Tahu dahulu BMI badan. Sebelum mengurangkan berat badan, anda harus membuat kira-kira. Berapa kilogram yang perlu anda kurangkan. Sebab ada rakan-rakan yang mesej saya minta tips untuk kurangkan berat badan.

Bila saya tanya berat badan dan ketinggiannya berapa ternyata tersangatlah ideal. Saya tidak akan bantu mereka yang sudah mencapai berat badan yang ideal.

Saya hanya akan membantu mereka yang memang benar-benar mempunyai masalah lebihan berat badan dan obesiti sahaja. Untuk ukur BMI anda boleh semak http://www.nhs.uk/Tools/Pages/Healthyweightcalculator.aspx.

Dah tahu BMI dan berat ideal manakah yang sesuai dengan anda, ia lebih mudah.

 

 

2-Makanlah nasi. Jangan pernah berangan dan cuba tinggalkan nasi jika anda merupakan melayu sejati yang sangat cinta dan sukar menolak apabila nasi terhidang di depan mata. Makan jangan tak makan.

Cuma syarat yang saya letakkan ketika diet yang saya laksanakan ini, ambillah nasi dengan kuantiti segenggam. Ingat! Segenggam sahaja… jangan tipu-tipu. Dan makanlah nasi.

 

3- Tinggalkan air manis. Ini yang sukar dilaksanakan. Ada yang diet dah ok, nasi segenggam, ayam bakar, makanan kurang garam. Tapi last sekali minum teh ais kaw-kaw manis. Tak jadi.

Untuk makluman saya berpantang air manis dalam bulan pertama. HENTIkan ambilan air manis dan ia akan banyak save your calory untuk selanjutnya.

Minumlah air putih yang kita tahu sebagai free kalori. Ucapkan selamat tinggal kepada air-air manis dan minumlah air putih!

Ada orang tanya saya, Jus boleh minum?
BOLEH. Tapi jus tanpa gula, tanpa susu, tanpa sirap. 😉

 

4- Makanan bergoreng. Ini antara perkara yang sukar ditinggalkan oleh rakan-rakan yang nak diet. Dalam masa 3 bulan saya berdiet. Ini antara disiplin ketat yang sangat saya jaga.

Tinggalkan apa sahaja makanan bergoreng termasuk kuih-kuih bergoreng macam karipap, donut, goreng pisang. Dan apa saja yang terlekat dengan kuantiti minyak yang banyak,

Tinggalkan untuk sementara waktu… boleh kan?
Gantikan dengan PAU, agar-agar dan kek tapi dengan kuantiti gula yang sedikit dan tidaklah dimakan terlalu banyak.

Protein yang anda ambil pastikan hanya daripada rebus dan panggang sahaja. Ini apa yang saya lakukan dan berdasarkan pengalaman.

Kurang minyak, kurang lemak.

Roti canai untuk sarapan? Tinggalkan!

 

5- Tinggalkan makanan ringan. Walaupun namanya makanan ringan, hakikatnya ia BERAT untuk kalori anda seharian.

Kerepek ubi, keropok-keropok yang selalu di makan ketika menonton perlawanan bola sepak atau selalu anda jadikan hi-tea, minta tinggalkan.

Kandungan garam di dalam makanan tersebut agak tinggi seeloknya ditinggalkan. Dan gantikan dengan makanan yang lebih baik.

Saya ambil inisiatif kurma sebagai gantinya. Kismis dan madu. Cubalah…

 

6- Makanan bersantan. Saya minta kurangkan… Nak makan juga boleh tak ada masalah. Cuma kurangkan kuantitinya.

Baik ini adalah secara ringkas perkongsian tentang pemakanan yang saya sudah laksanakan. Saya minta maaf pada mesej yg tidak terbalas oleh sebabkan kekangan masa dan komitmen lain. Harap tips ini membantu. Cuba lah!

Okeyh, Bagaimana dengan senaman??

Saya akan kongsikan pada penulisan kedua nanti. Senaman apa yang telah saya laksanakan dan tips melaksanakan senaman yang lebih efektif!

Ingat untuk mengurangkan berat badan seperti kata sifu saya Kevin Zahri, 70% adalah daripada gaya pemakanan dan hanya 30% daripada senaman.

Untuk info senaman apa yang saya lakukan. Saya akan kongsikan pada penulisan kedua.

Sila TAG, LIKE dan SHARE jika anda rasakan tips ini bermanfaat. Untuk diet yang tidak menggunakan produk. Untuk diet yang tidak meninggalkan nasi. Untuk diet yabg sihat.

Ke arah rakyat Malaysia yang FIT.

 

6 TIPS KURUS HINGGA TURUN 40 KG

Secara ringkas, apa yang boleh disimpulkan untuk Tips Kurus dari Saudara Arif Sukri adalah:

1. Tahu dahulu BMI badan

2- Jangan tinggalkan nasi (makan segenggam)

3- Tinggalkan air manis.

4- Elak Makanan bergoreng.

5- Tinggalkan makanan ringan.

6- Kurangkan Makanan bersantan.

 

Apabila ingin melakukan perubahan, kita perlu keluar dari zon selesa. Kita perlu mencipta kebiasaan baru yang lebih baik. Setuju?

Tips tambahan dari saya, jika ingin sangat minum manis , boleh cuba pemanis semulajadi Stevia, pemanis zero kalori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *