5 Tips Turun Berat Badan 17 Kilogram Oleh Catriona Ross

Berapa ramai ingin tahu Tips turun berat badan di kalangan artis? Angkat kaki!… hehe

Siapa tak kenal Catriona Ross? Pelakon wanita yang cukup terkenal di Malaysia.

Catriona Ross sebelum ini mengalami masalah berat badan berlebihan selepas melahirkan 3 orang anak.

Beliau terus bersemangat untuk kelihatan langsing, kurus dan cantik. Akhirnya Catriona Ross berjaya turun berat badan dari 75 kg sebelum ini kepada 58kg. Awesome kan?

Catriona Ross berkongsi 5 Tips turun berat badan dalam masa 5 bulan:

tips-turun-berat-badan-catriona-ross-pelakon

5 TIPS TURUN BERAT BADAN

1. Daki gunung
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”

 

2. Berenang
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”

 

3. Eat clean diet
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”

 

4. Makanan kukus tanpa minyak
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”

 

5. Beras Perang
“Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”

 

Sumber asal: astrogempak

 

 

Berenang & mendaki bukit boleh membakar lebih 500 kalori. Tapi hati-hati, jika makan 1 double burger dan 1 minuman coca cola. Hasil senaman kita mungkin menjadi sia-sia. HeeeĀ 

 

Harap 5 tips turun berat badan oleh pelakon wanita Malaysia, Catriona Ross dapat memberi inspirasi dan semangat kepada anda. Selamat mencuba!

Bagaimana cara anda turunkan berat badan? Jom share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *